Thursday, June 10, 2010

Gambar ukiran di dalam laut

Share
Gambar diatas adalah hasil kerja ukiran Jason de Caires Taylor. Ukiran-ukiran ini boleh dilihat di Moliniere Bay, Grenada. Lokasi yang mempunyai ukiran ini terletak pada kawasan yang cetek di Moliniere Bay untuk membolehkan para penyelam skuba untuk melihatnya.

Kesemua hasil kerja yang terdapat di situ pada mulanya diukir di darat dan kemudiannya ditenggelamkan ke dalam laut pada tahun 2006.

Menurut beliau, ukiran batu tersebut akan menjadi habitat batu karang serta hidupan laut yang lain pada masa yang akan datang.

Tuesday, June 8, 2010

Gambar tugu berbentuk Aneh

Share

Jika minda anda dapat mengaitkan bentuk tugu didalam gambar diatas dengan sesuatu organ yang terdapat pada badan lelaki, anda bijak. Tetapi jika anda meneka lokasi tugu ini terletak di negara Jepun, anda silap.

Tugu yang berbentuk zakar ini dibina dengan ketinggian 30 kaki dan terletak di Changcun, China (mungkin berdekatan dengan Mongolia). Menurut cerita, tugu ini dibina untuk mengenang seorang shaman yang bernama Ewenki dan mambawa maksud keharmonian serta kebahagiaan.

Sunday, June 6, 2010

Gambar akuarium beku

Share

Ikan ikan yang dibekukan dalam gambar diatas diambil daripada sebuah kedai akuarium yang aneh di Jepun. Kesemua akuarium di kedai tersebut telah dibekukan dalam kiub ais. Suhu dalam kedai tersebut seperti dalam peti ais.

Bolehlah kita masak ikan ikan tersebut lepas ais cair.

Wednesday, June 2, 2010

Gambar Polis Monyet

Share


Gambar diatas menunjukkan seekor monyet and aneh. Monyet ini bernama Santisuk dan pakaiannya bukanlah sekadar untuk hiburan. Santisuk ialah seekor monyet polis pertama (mungkin pertama di dunia) di Sari Buri, daerah Pattani, Thailand.

Mengikut cerita, Santisuk dijumpai Yutthapol Phromdao, salah seorang anggota polis di daerah tersebut. Santisuk pada masa tersebut berada di sebuah klinik dan masih bayi serta mengalami kecederaaan. Sejak hari it, Yutthapol menjaga Santisuk dan melatihnya untuk menjadi anggota di pasukannya.

Walaupun digelar sebagai polis, tugas Santisuk setiap hari bukanlah untuk membanteras jenayah tetapi untuk menarik perhatian penduduk dan pelawat yang sedang menunggu untuk memasuki "checkpoint" di suatu kawasan dalam daerah Pattani.

Kebiasaannya, "checkpoint" ini mengambil masa yang agak lama untuk dilepasi kerana polis-polis yang bertugas dikehendaki untuk memeriksa kesemua kenderaan dengan teliti. Kebayakkan penduduk tempatan kawasan tersebut yang terpaksa berulang alik dari "checkpoint" setiap hari untuk bekerja sering marah dan tidak sabar untuk menunggu.

Dengan kemunculan Santisuk, penduduk dan pelawat yang berbaris untuk menuggu permeriksaan kini dapat bermain dan berinteraksi dengannya. Ini mengalihkan tumpuan mereka daripada soal menunggu dan menenangkan minda mereka semasa memerhatikan gelagat Santisuk.

Pihak kerajaan Thailand amat positif terhadap langkah ini, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak monyet seperti Santisuk di Thailand pada masa yang akan datang.

Tuesday, June 1, 2010

AWAS: Gambar Pertandingan Membuka Bra!!

Share



Gambar gambar diatas menunjukkan aksi suatu pertandingan yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di Guangzou, China baru baru ni. Pertandingan yang aneh lagi menarik perhatian ini merupakan pertandingan membuka bra.

Acara ini merangkumi 8 orang gadis yang memakai bra dan topeng untuk melindungi identiti mereka serta peserta-peserta yang terdiri daripada pengunjung pusat membeli belah tersebut.

Setiap peserta diberikan peluang untuk membuka bra setiap gadis gadis jelita tersebut dengan 1 syarat iaitu cuma satu tangan sahaja boleh digunakan untuk membuka bra. Pertandingan tamat apabila peserta berjaya membuka kesemua bra atau jangka masa 60 saat tiba. Pemenang ditentukan dengan masa yang tersingkat untuk membuka kesemua 8 bra.

Menurut berita, pemenang pertandingan ini ialah seorang wanita yang berjaya membuka kesemua bra dengan jangka masa 21 saat dan memenangi hadiah voucer bernilai 1000 yuan atau lebih kurang 146USD.

Tujuan pertandingan ini menurut penganjurnya (salah satu jenama bra di China) adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan masyarakat terutamanya kaum lelaki tentang bra dan fungsinya.

Monday, May 31, 2010

Gambar yang mengelirukan

Share
Hari ni kita rehat sebentar dan perhatikan gambar diatas yang mengelirukan.

Sunday, May 30, 2010

Gambar Lady Gaga

Share


Gambar diatas adalah gambar seorang artis yang cukup berbakat dan sentiasa berpakaian unik. Lagu-lagu Lady Gaga memang tidak asing lagi bagi yang mengikuti perkembangan lagu-lagu barat atau sering mengunjungi kelab malam. Ramai yang tidak tahu nama sebenar Lady Gaga ini ialah Stefani Joanne Angelina Germanotta dan nama glamor Lady Gaga ni sebenarnya dipetik daripada sebuah lagu kumpulan Queen yang bertajuk Radio Gaga.

Tahukah anda, penghibur yang berbakat ini juga "bisexual"?

Menurut temuduga oleh majalah Rolling Stone, Lady Gaga memberitahu bahawa lagu "Poker Face" daripada album "Fame" merupakan lagu tentang sifat "bisexual" nya. Kepada yang tidak faham maksud "bisexual", ia bermakna seseorang yang suka atau tertarik kepada kedua-dua jenis jantina mahupun lelaki ataupun perempuan.

Satu lagi fakta yang menarik ialah tentang sokongan Lady Gaga terhadap komuniti "Gay". Pada permulaan kerjaya Lady Gaga sebagai penyanyi dan penghibur, dia mendapat sambutan yang baik daripada komuniti tersebut and ramai yang menjadi peminatnya. Menurut Lady Gaga, sokongan yang diberikan oleh peminat daripada golongan tersebut merupakan salah satu faktor yang mencetus kepada kejayaannya sekarang.

Saturday, May 29, 2010

Gambar gadis terkuat di dunia

Share

Gadis didalam gambar ini ialah Varya Akulova yang berasal dari Rusia. Semua aksi tersebut dilakukan samasa Varya berumur 6 tahun. Beliau memegang rekod Guiness sebagai gadis terkuat didunia apabila mengangkat berat sejumlah 350kg manakala beratnya cuma 40kg. Lihat sendiri laman web Varya Akulova.

Tuesday, May 25, 2010

Gambar ketam terbesar di England

Share
Gambar ni menunjukkan seorang penjaga mengangkat ketam yang terbesar di National Sea Life Centre, Birmingham. Saiz ketam ini menjangkau 10 kaki atau lebih kurang 245cm jika diukur dari satu penyepit ke penyepit yang sebelah lagi. Ketam yang besar ini sering dipanggil 'Crabzilla' oleh penjaga dan pengunjung disitu. Menurut cerita, ketam ni berasal dari lautan Pasific dan ditangkap oleh nelayan yang beroperasi di lautan dalam.

Monday, May 24, 2010

Gambar bangkai haiwan aneh di Rusia

Share
Menurut berita, bangkai haiwan yang belum lagi dikenalpasti dijumpai oleh askar Rusia di kawasan persisiran Sakhalin, Rusia. Kawasan tersebut terletak di timur Rusia dan mendekati negara Jepun. Gambar haiwan aneh ini diambil oleh penduduk tempatan sebelum bangkainya diambil oleh tentera Rusia untuk penyiasatan lanjut.


Mereka berpendapat bahawa haiwan ini bukanlah ikan atau buaya jika diperhatikan struktur gigi dan rangka tulangnya. Lebih lebih lagi, haiwan ini mempunyai kulit yang berbulu. Saiz haiwan ini lebih kurang sebesar buaya dewasa. Jika deperhatikan dengan teliti, bangkai yang agak reput menunjukkan haiwan ini telah mati agak lama sebelum dijumpai..

Sunday, May 23, 2010

Gambar hantu di asrama

Share Gambar ni kalau sekilas dipandang, nampak macam gambar biasa. Cuba perhatikan dengan teliti sebelah kepala budak yang pakai baju warna biru. Betul betul menyeramkan. Kalau nak lihat dengan lebih jelas dan untuk maklumat selanjutnya, lawat laman ni

Gambar rekabentuk tulisan baju yang kreatif

Share
Cuba perhatikan rekabentuk tulisan pada gambar baju ni. Baju yang asal sebelah kanan menyerupai perkataan "Hate", manakala baju pada cermin belah kiri menyerupai perkataan "Love". Rekabentuk yang kreatif dan unik.

Gambar lukisan Wolverin comel

Share
Gambar lukisan watak x men yang tidak asing lagi ini nampak comel betul.

Saturday, May 22, 2010

Gambar haiwan apa ni?

Share
Apa bendanya haiwan ni?... Haha.. Gambar pelik..

AWAS: Gambar bikini yang diperbuat daripada barangan kemas

Share Jenama barangan kemas Susan Rosen amat terkenal dikalangan artis dan selebriti di Amerika termasuk Madonna, Gwen Stefani, Teri Hatcher, Avril Lavigne dan ramai lagi. Menurut cerita, Susan Rosen menjadi terkenal selepas mereka bentuk bikini yang termahal didunia (dalam gambar ni). Bikini ini diperbuat daripada berlian putih 150 karat yang sempurna dan dihiaskan atas permukaan platinum. Kalau nak tahu, harga bikini ini bernilai 30 juta USD!

Wednesday, May 19, 2010

Gambar wajah lukisan wanita

Share



Untuk pengetahuan semua, gambar ni adalah lukisan yang dihasilkan dengan perisian Adobe Photoshop. Kebayakkan orang pernah dengar tentang penggunaan software ini untuk mengemas kini dan mengubahsuai gambar foto, tetapi tidak ramai yang tahu tentang kebolehan Photoshop untuk menghasilkan lukisan yang cantik.

Gambar kambing bermuka manusia

Share
Gambar ni menganggu minda bila difikirkan. Macam mana kambing boleh bermuka manusia melainkan terdapat hubungan diluar tabii diantara manusia dengan haiwan. Muka yang ditunjukkan dalam gambar ni seakan-akan manusia dengan mata, hidung dan mulut. Cuma telinga sahaja yang lain. Menurut berita, kambing ni dilahirkan di Turki dan doktor vetenari yang terlibat terpaksa melakukan pembedahan keatas ibu kambing kerana kesukaran untuk melahirkannya. Kambing ini sudah mati apabila dilahirkan. Terdapat insiden yang sama di Zimbabwe. Untuk maklumat selanjutnya, sila rujuk laman ini.

Sunday, May 16, 2010

Gambar Fesyen Topeng Gas

Share
Gambar fesyen trend terbaru dengan topeng gas. Masih bergaya dan berkelip pada masa kecemasan.

Gambar Latihan Buaya

Share
Cara untuk melatih buaya di Afrika sampai boleh melompat begitu tinggi.

Friday, May 14, 2010

Gambar karangan seorang pelajar

Share Kalau tak dapat baca dengan jelas, klik pada gambar untuk memperbesarkannya. Pelajar zaman sekarang ni berfikiran di luar kotak. Jadi cikgu bahasa sekarang memang best! Tak kering gusi :)

Thursday, May 13, 2010

Gambar Pelik Epal atau Oren?

Share
Saya pernah dengar tentang buah buahan kacukan yang terhasil daripada dua jenis buah yang berlainan, tapi gambar buah ni memang aneh. Ini dipanggil buah Lipal (Limau - Epal).

Wednesday, May 12, 2010

Gambar Aneh Epal!

Share
Sekarang, siapa nak makan siapa? Air liur meleleh.. :)

Gambar epal yang menakjubkan ni boleh dibuat dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kaedah interpolasi untuk menggabungkan dua gambar yang berlainan merupakan salah satu cara untuk mendapatkan kesan gambar sebegini.

Gambar Aneh Kasut Ikan

Share
Kalau nak tergolek selalu, kasut selipar ikan ni boleh membantu untuk melicinkan pergerakan.

Awas: Gambar Kesat

Share Kepada sesiapa yang tak puas hati dengan blog orang lain, bolehlah kirimkan gambar ganas ni kepada yang berkenaan. Pasti mendapat reaksi yang kuat. Kalau nak dapatkan baju sebenar dengan design yg menarik macam ini kenalah tanya pemilik asal gambar ini.

Tuesday, May 11, 2010

Gambar Aneh Roti Gigit Pisau

Share
Roti kena potong ke, atau pisau kena gigit roti? Roti dalam gambar ni nampak macam roti berger. Kalau tambah kicap tomato dekat mata, lagi power!

Gambar Panas Gwyneth Paltrow

Share

Gwyneth Paltrow merupkan pelakon yang tak asing lagi bagi peminat-peminat 'Iron Man'. Memegang watak sebagai Pepper Potts, setiausaha peribadi Tony Stark, Gwyneth merupakan seorang yang sopan, terurus dan bertanggungjawab. Gambar diatas mungkin menunjukkan sifat yang tidak pernah ditonjolkan oleh Gwyneth didalam aksi Iron Man.

Tahukah anda pelakon ini sudah berumur hampir 40 tahun?

Gambar Lucu Musang dgn Senapang

Share Musang pakai senapang?! :D

Monday, May 10, 2010

Gambar Lucu Jari

Share Lucu gambar ni, tapi yang paling ternyata ialah tahap kreativiti tuan punya jari ni.

Gambar Aneh Pesawat Angsa

Share Gambar pesawat jet airbus dari Australia ni memang aneh. Rekabentuk seperti seekor angsa. Rasanya, hon pesawat ni bunyi angsa tak? Haha!

Gambar Lucu Beruang Tergolek

Share Berhati-hati bila melawat kawasan yang bersalji. Beruang pun boleh tergelincir. Gambar hari ni tak panas tapi lucu. Dipersembahkan gambar binatang lucu untuk hari ini. Semua salji, rasanya beruang ni jatuh tiap tiap hari tak? ..