Wednesday, June 2, 2010

Gambar Polis Monyet

Share


Gambar diatas menunjukkan seekor monyet and aneh. Monyet ini bernama Santisuk dan pakaiannya bukanlah sekadar untuk hiburan. Santisuk ialah seekor monyet polis pertama (mungkin pertama di dunia) di Sari Buri, daerah Pattani, Thailand.

Mengikut cerita, Santisuk dijumpai Yutthapol Phromdao, salah seorang anggota polis di daerah tersebut. Santisuk pada masa tersebut berada di sebuah klinik dan masih bayi serta mengalami kecederaaan. Sejak hari it, Yutthapol menjaga Santisuk dan melatihnya untuk menjadi anggota di pasukannya.

Walaupun digelar sebagai polis, tugas Santisuk setiap hari bukanlah untuk membanteras jenayah tetapi untuk menarik perhatian penduduk dan pelawat yang sedang menunggu untuk memasuki "checkpoint" di suatu kawasan dalam daerah Pattani.

Kebiasaannya, "checkpoint" ini mengambil masa yang agak lama untuk dilepasi kerana polis-polis yang bertugas dikehendaki untuk memeriksa kesemua kenderaan dengan teliti. Kebayakkan penduduk tempatan kawasan tersebut yang terpaksa berulang alik dari "checkpoint" setiap hari untuk bekerja sering marah dan tidak sabar untuk menunggu.

Dengan kemunculan Santisuk, penduduk dan pelawat yang berbaris untuk menuggu permeriksaan kini dapat bermain dan berinteraksi dengannya. Ini mengalihkan tumpuan mereka daripada soal menunggu dan menenangkan minda mereka semasa memerhatikan gelagat Santisuk.

Pihak kerajaan Thailand amat positif terhadap langkah ini, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak monyet seperti Santisuk di Thailand pada masa yang akan datang.

1 comment:

  1. Nampaknya lebih smart daripada anjing...memang sesuatu yang lain daripada yang lain..

    ReplyDelete