Sunday, May 30, 2010

Gambar Lady Gaga

Share


Gambar diatas adalah gambar seorang artis yang cukup berbakat dan sentiasa berpakaian unik. Lagu-lagu Lady Gaga memang tidak asing lagi bagi yang mengikuti perkembangan lagu-lagu barat atau sering mengunjungi kelab malam. Ramai yang tidak tahu nama sebenar Lady Gaga ini ialah Stefani Joanne Angelina Germanotta dan nama glamor Lady Gaga ni sebenarnya dipetik daripada sebuah lagu kumpulan Queen yang bertajuk Radio Gaga.

Tahukah anda, penghibur yang berbakat ini juga "bisexual"?

Menurut temuduga oleh majalah Rolling Stone, Lady Gaga memberitahu bahawa lagu "Poker Face" daripada album "Fame" merupakan lagu tentang sifat "bisexual" nya. Kepada yang tidak faham maksud "bisexual", ia bermakna seseorang yang suka atau tertarik kepada kedua-dua jenis jantina mahupun lelaki ataupun perempuan.

Satu lagi fakta yang menarik ialah tentang sokongan Lady Gaga terhadap komuniti "Gay". Pada permulaan kerjaya Lady Gaga sebagai penyanyi dan penghibur, dia mendapat sambutan yang baik daripada komuniti tersebut and ramai yang menjadi peminatnya. Menurut Lady Gaga, sokongan yang diberikan oleh peminat daripada golongan tersebut merupakan salah satu faktor yang mencetus kepada kejayaannya sekarang.

No comments:

Post a Comment