Thursday, June 10, 2010

Gambar ukiran di dalam laut

Share
Gambar diatas adalah hasil kerja ukiran Jason de Caires Taylor. Ukiran-ukiran ini boleh dilihat di Moliniere Bay, Grenada. Lokasi yang mempunyai ukiran ini terletak pada kawasan yang cetek di Moliniere Bay untuk membolehkan para penyelam skuba untuk melihatnya.

Kesemua hasil kerja yang terdapat di situ pada mulanya diukir di darat dan kemudiannya ditenggelamkan ke dalam laut pada tahun 2006.

Menurut beliau, ukiran batu tersebut akan menjadi habitat batu karang serta hidupan laut yang lain pada masa yang akan datang.

Tuesday, June 8, 2010

Gambar tugu berbentuk Aneh

Share

Jika minda anda dapat mengaitkan bentuk tugu didalam gambar diatas dengan sesuatu organ yang terdapat pada badan lelaki, anda bijak. Tetapi jika anda meneka lokasi tugu ini terletak di negara Jepun, anda silap.

Tugu yang berbentuk zakar ini dibina dengan ketinggian 30 kaki dan terletak di Changcun, China (mungkin berdekatan dengan Mongolia). Menurut cerita, tugu ini dibina untuk mengenang seorang shaman yang bernama Ewenki dan mambawa maksud keharmonian serta kebahagiaan.

Sunday, June 6, 2010

Gambar akuarium beku

Share

Ikan ikan yang dibekukan dalam gambar diatas diambil daripada sebuah kedai akuarium yang aneh di Jepun. Kesemua akuarium di kedai tersebut telah dibekukan dalam kiub ais. Suhu dalam kedai tersebut seperti dalam peti ais.

Bolehlah kita masak ikan ikan tersebut lepas ais cair.

Wednesday, June 2, 2010

Gambar Polis Monyet

Share


Gambar diatas menunjukkan seekor monyet and aneh. Monyet ini bernama Santisuk dan pakaiannya bukanlah sekadar untuk hiburan. Santisuk ialah seekor monyet polis pertama (mungkin pertama di dunia) di Sari Buri, daerah Pattani, Thailand.

Mengikut cerita, Santisuk dijumpai Yutthapol Phromdao, salah seorang anggota polis di daerah tersebut. Santisuk pada masa tersebut berada di sebuah klinik dan masih bayi serta mengalami kecederaaan. Sejak hari it, Yutthapol menjaga Santisuk dan melatihnya untuk menjadi anggota di pasukannya.

Walaupun digelar sebagai polis, tugas Santisuk setiap hari bukanlah untuk membanteras jenayah tetapi untuk menarik perhatian penduduk dan pelawat yang sedang menunggu untuk memasuki "checkpoint" di suatu kawasan dalam daerah Pattani.

Kebiasaannya, "checkpoint" ini mengambil masa yang agak lama untuk dilepasi kerana polis-polis yang bertugas dikehendaki untuk memeriksa kesemua kenderaan dengan teliti. Kebayakkan penduduk tempatan kawasan tersebut yang terpaksa berulang alik dari "checkpoint" setiap hari untuk bekerja sering marah dan tidak sabar untuk menunggu.

Dengan kemunculan Santisuk, penduduk dan pelawat yang berbaris untuk menuggu permeriksaan kini dapat bermain dan berinteraksi dengannya. Ini mengalihkan tumpuan mereka daripada soal menunggu dan menenangkan minda mereka semasa memerhatikan gelagat Santisuk.

Pihak kerajaan Thailand amat positif terhadap langkah ini, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak monyet seperti Santisuk di Thailand pada masa yang akan datang.

Tuesday, June 1, 2010

AWAS: Gambar Pertandingan Membuka Bra!!

Share



Gambar gambar diatas menunjukkan aksi suatu pertandingan yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di Guangzou, China baru baru ni. Pertandingan yang aneh lagi menarik perhatian ini merupakan pertandingan membuka bra.

Acara ini merangkumi 8 orang gadis yang memakai bra dan topeng untuk melindungi identiti mereka serta peserta-peserta yang terdiri daripada pengunjung pusat membeli belah tersebut.

Setiap peserta diberikan peluang untuk membuka bra setiap gadis gadis jelita tersebut dengan 1 syarat iaitu cuma satu tangan sahaja boleh digunakan untuk membuka bra. Pertandingan tamat apabila peserta berjaya membuka kesemua bra atau jangka masa 60 saat tiba. Pemenang ditentukan dengan masa yang tersingkat untuk membuka kesemua 8 bra.

Menurut berita, pemenang pertandingan ini ialah seorang wanita yang berjaya membuka kesemua bra dengan jangka masa 21 saat dan memenangi hadiah voucer bernilai 1000 yuan atau lebih kurang 146USD.

Tujuan pertandingan ini menurut penganjurnya (salah satu jenama bra di China) adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan masyarakat terutamanya kaum lelaki tentang bra dan fungsinya.